CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, February 25, 2010

PEMAIN KELANTAN KE MEKAH


KELANTAN TUNAI JANJI BAWA RED WARRIORS UMRAH OGOS INI


KOTA BHARU, 25 Feb: Seramai 40 orang petugas dan pemain skuad bola sepak Kelantan atau ‘Red Warriors’ bakal menunaikan umrah pada minggu kedua bulan Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, skuad berkenaan akan menunaikan umrah dengan sumbangan kerajaan negeri sebagai memenuhi janji kepada pasukan itu yang telah layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.
Katanya, tarikh berkenaan dipilih mengikut cadangan yang dikeluarkan oleh pihak KAFA sendiri.

“Walaupun kita telah menghantar surat tahun lalu, namun pihak mereka hanya bersedia menunaikan umrah pada bulan Ogos.
“Mungkin waktu itu ruang untuk mereka tidak lagi terbatas atau mungkin juga mereka ingin berada di tanah suci sewaktu bulan Ramadan,”ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian kepada media, di pejabatnya di sini tengahari tadi ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.Tahun lalu, mesyurat exco telah memutuskan untuk menghantar umrah kepada semua pemain dan petugas menunaikan umrah, sebaik sahaja negeri itu layak ke peringkat akhir bagi merebut Piala Malaysia 2009.

Abdul Fatah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Panau turut mengakui kerajaan negeri setakat ini tidak memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada KAFA bagi membantu pasukan itu dalam memajukan bidang bola sepak di negeri ini.

Bagaimanapun, jelasnya, kerajaan negeri lebih memberi tumpuan dalam bentuk sokongan moral dan mengurangkan bayaran levi kepada Perbadanan Stadium untuk mengurangkan bebanan pada persatuan.

“Selain itu juga kita turut menyampaikan bayaran intensif lain kepada pemain bola sepak yang menaikkan nama serta mutu bola sepak Kelantan di bawah presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh terkini menghantar skuad ‘Red Warriours’ ke tanah suci Makkah untuk menunaikan umrah.

Beliau juga mengumumkan, pasukan Red Warriors akan mengerjakan umrah ke tanah Suci Mekah pada minggu kedua Ogos depan sebagai memenuhi janji kerana pasukan itu layak ke separuh akhir Liga Perdana musim lalu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap kejohanan bola sepak Piala Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Piala Tok Guru) dapat dimasukkan dalam senarai aktiviti bola sepak dikendalikan oleh KAFA.

Terdahulu dalam sidang medianya beliau memberitahu kerajaan negeri buat julungkalinya akan mengadakan Karnival Bola Sepak Bawah 14 dan 16 Tahun Terbuka Kelantan 2010.

Karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 20 Mac bagi merebut piala Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri 2010.

Menurutnya, johan kategori bawah 14 tahun akan membawa pulang RM1,500 diiringi piala, madel dan sijil, naib johan, RM1,000 dan ketiga RM500 dan saguhati suku akhir RM300.

“Manakala kategori bawah 16 tahun johan RM2,000 beserta piala, madel dan sijil, naib johan RM1,500, medal dan sijil, ketiga bersama RM700 (setiap satu) berserta madel dan sijil dan saguhati suku akhir RM400 disamping sijil,”ujarnya lagi.

Pada majlis itu juga, Fatah turut menyampaikan cek bernilai RM12,000 kepada Pengerusi Akademi Bolasepak Darulnaim, Mahadi Yussof.

Sumber daripada: HARAKAH

2 comments:

Anonymous said...

bolasepak nih satu game yg bagus sebenarnya bg saya. Tapi kalo dapat timing dia disesuaikan dgn lifestyle kita lebih bagus kan?

hanes said...

betul2 finaz.. tapi kelate kaloh dah piala FA..sedih2..nak buat mcm mna dah adat permainan ada yg kalah ada yg menang..huhuhuhu

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute