CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, January 22, 2010

1TAHUN PERAK DI BAWAH PEMIMPIN LANUN


KETUA LANUN PERAK





BERMULA DENGAN...


3 Adun ‘melompat’ di Perak

Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang menjadi penyebab kepada krisis perlembagaan di Perak .





KATA MAHATHIR...



Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tak mengikut perlembagaan. Bekas PM itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM Najib Razak sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.


"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.


"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.






"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan." Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.


Beliau menambah seseorang Sultan hanya boleh menolak seseorang calon (menteri besar) untuk membuat pilihannya selepas berlakunya sesuatu pilihanraya, itupun calon tersebut boleh dikalahkan di dalam dewan melalui undi (tidak percaya).







SIDANG DEWAN PERAK KECOH...



Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 tertangguh kira-kira lima jam akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong kerajaan dan pembangkang.






7 Mei 2009…Tarikh Terdesak Kerajaan Haram Perak...


Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar.




Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar.


Baca seterusnya di (link)



PERANCANGAN YANG CUKUP HEBAT OLEH NAJIB....


Najib masih mahu meneruskan konspirasi ini, tetapi dalam masa yang sama, dia juga tahu ada tiga lagi ADUN UMNO yang akan melompat masuk kedalam PKR. Apa yang aku tulis dulu dalam posting “Kerapu masuk pukat” bukan cerita kosong. Nizar sendiri mengesahkan perkara itu keesokan harinya.


Lantas, Najib perlu mengepung ADUN Umno dulu, sebelum meneruskan langkah seterusnya. Tapi malang, tiga ADUN Umno tidak hadir dalam pertemuan dirumahnya.. kebetulan? hangpa jawab sendiri.



Tapi ini belum tentu selamat. Macam mana kalau tiga ADUN Umno ini dapat diculik oleh geng Najib? Naya kita. Jadi, Jamal dan Osman perlu ditarik keluar dari tempat persembunyian mereka. Baca seterusnya di (link)



SAMPAI MATI PUN ZAMBRY TAKKAN SAH JADI MENTERI BESAR...



Saya sering mengungkapkan kata-kata “kebenaran itu pasti benar, dan kesalahan itu pasti salah. Tidak mungkin kebenaran itu menjadi satu kesalahan, dan kesalahan itu menjadi satu kebenaran”. Berdasarkan kaedah ini, kita dapat simpulkan bahawa kenaikan Zambry sebagai MB haram, sampai bila-bila pun tidak akan jadi sah!





Sebelum ini beliau cuba memfailkan supaya mahkamah mengesahkan jawatannya sebagai MB. Tetapi, hakikatnya, walaupun mahkamah mengesahkan jawatan tersebut sekalipun, beliau tetap Menteri Besar Haram. Sampai bilakah dia akan menjadi MB yang halal? Beliau dapat menadi MB yang halal, tetapi setelah menang dalam PR yang akan datang. seterusnya baca di (link)


MESEJ DARI PENDUDUK PERAK...


bersemadi-umno3


Mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan



Hasil keputusan di Bukit Gantang, setuju atau tidak hakikatnya mesej jelas dari rakyat bahawa DUN di Perak wajib dibubarkan. Bergantung kepada keberanian Umno di Perak samada ingin menyerahkan kembali kuasa rakyat kepada rakyat untuk menentukannya. Baca seterusnya di sini (link)


TANDA-TANDA PILIHANRAYA DI PERAK...

Zambry jumpa Najib bincang bubar DUN?


KUALA LUMPUR, 18 Jan: Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.



Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.



Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak. Baca seterusnya di (link)




Pilihanraya DUN hampir sah !





Majlis meraikan pemimpin Pakatan Rakyat serta Media bagi memperingati genap 1 tahun Tragedi Rampasan Kuasa yang telah berlaku pada 7 Februari 2009 dimana Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Ir Nizar dipanggil mengadap, melepas jawatan di Istana Kinta Ipoh dan esoknya majlis angkat sumpah kerajaan baru di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 8 Februari 2009 setahun yang lalu.


Kira-kira 100 orang telah hadir antaranya YB Dato Ngeh Koo Ham, YB Zainuddin Mohd Yusof , YB Sivakumar, YB Dr Lee Boon Chye serta ADUN-ADUN Pakatan Rakyat lainnya, wakil media serta pendokong Pakatan Rakyat di kediaman Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di Sungai Rokam, Ipoh pagi tadi.



Program yang dipengerusi oleh Dr Kairudin Abd Malik menyatakan majlis ini adalah pelancaran kepada beberapa program yang diatur. Acara ekspedisi konvoi pemimpin Pakatan Rakyat akan menjelajah seluruh daerah Negeri Perak membawa mesej penerangan Tragedi Rampasan Kuasa yang berlaku setahun yang lalu. Ekspedisi ini akan bermula dari pokok demokrasi, Ipoh kemudian akan singgah di bandar-bandar ke utara sehingga Parit Buntar, ke selatan sehingga Tanjong Malim dan ke timur ke Lumut dan bandar Teluk Intan.

Baca seterusnya di (link)


HARAP-HARAP DUN PERAK DIBUBARKAN SECEPAT MUNGKIN SUPAYA RAKYAT BOLEH MEMILIH SIAPAKAH KERAJAAN YANG SAH.. RAKYAT PERAK SUDAH JEMU DENGAN PERMAINAN KERAJAAN HARAM PERAK..

1 comments:

Ayid said...

Salam sahabat,

Fo yo manthop enta. Syukran menghilightkan negeri ana dng penoh konsisten. Tadbir

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute