CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, January 30, 2010

PESANAN SATHIA PADA ANAK BUAH...

Red Warriors jangan leka hadapi P Pinang


KOTA BHARU - Pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors diminta tidak leka menghadapi perlawanan dengan pasukan Pulau Pinang yang dijangka berlangsung 8.45 malam malam ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini.


Ketua Jurulatih pasukan, B. Sathiananthan berkata, pasukan Kelantan mengharapkan kemenangan pada malam ini jika dilihat dari segi kemampuan, Kelantan tidak boleh leka menentang Pulau Pinang.


“Jika dibandingkan dengan rekod pada pertemuan tahun lalu menentang pasukan Pulau Pinang, ia menyaksikan pasukan Ke-lantan menang pada semua perlawanan bertemu pasukan ini.

“Namun begitu, berda-sarkan penilaian berkenaan, jangan pula kita (pasukan Kelantan) leka kerana semua mengharapkan kemenangan demi mengem-balikan semula harapan penyokong di sini,” katanya kepada Sinar Harian.


Sathianathan berkata, harapan tersebut boleh dikembalikan melalui pencapaian tiga mata perlu diraih malam ini.


Menurutnya, setakat ini, tiada pembubaran pemain dalam pasukan Kelantan, cuma terdapat perubahan dari segi mental yang memperlihatkan komitmen pemain yang bakal bersatu hati dalam perlawanan nanti.


“Masalah dalaman sudah pun selesai setelah adanya pertemuan di antara pemain dengan pihak pengurusan, malahan selepas pertemuan dan perbincangan yang dilalui, semua pemain berjanji akan bermain dengan bersatu hati.


“Sebenarnya masalah yang timbul bukan masalah dari dalam, sebaliknya masalah ini timbul dari pihak luar yang mengungkit-ungkit masalah, sehingga boleh meracuni pemain, ia bukan datang dari pihak dalaman,” katanya.


Beliau berharap, apa yang dijanji dan diikrar pemain pasukan Kelantan sebelum ini dapat dibuktikan dengan meraih kemena-ngan pada perlawanan dengan pasukan Pulau Pinang malam ini.


Sementara itu, pengurus pasukan, Azman Ibrahim berkata, pihaknya berharap penyokong dapat memberi peluang kepada pemain-pemain dalam perlawanan malam ini agar tidak memberi tekanan yang berlebihan kepada pemain kita.


Pada masa yang sama, beliau mahukan pemain meningkatkan prestasi menentang Pulau Pinang malam ini dengan memperkemaskan barisan serangan yang ada dalam pasukan The Red Warriors.



Sumber daripada; Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute