CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, January 18, 2010

KES BUANG BAPA..BINATANG PUN TAHU KASIH SAYANG

jangan jadi seperti kacang lupakan kulit

Minggu ini negara kita dikejutkan dengan kes buang bapa. Senang-senang manusia sekarang membuang bapanya sesuka hati. Kita kena ingat betapa susahnya seorang bapa ingin membesarkan seorang anak. Dari kecil kita dipelihara, diberi didikan sempurna dan sampailah kita meningkat dewasa pandai berdikari. (link)


Dulu bapa kita yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan didikan yang sempurna. Selepas ini kita pula yang akan menjadi bapa kepada anak-anak kita apabila kita kahwin dan mempunyai keluarga. Bayangkan kalau anak-anak kita buat kepada kita selepas ini,mesti kita sedih dan mengenangkan anak yang kita didik selama ini membuat kita macam ini.


Adakah kita fikir penat lelah bapa kita bekerja cari wang untuk sara kita. Adakah kita tahu keperitan bapa kita untuk membesarkan kita. Susahnya seorang bapa untuk membesarkan seorang anak tidak dapat kita bayangkan. Bapa kita memerah keringat pagi petang malam untuk mendapatkan wang. Adakah kita fikir semua itu? Itu semua bapa kita buat supaya kita menjadi seorang manusia yang berguna dengan menghantar kita ke sekolah, untuk mendapat ilmu yang bermanfaat supaya kita jadi orang yang berguna.. Tapi bila semua ini berlaku, dimana letaknya kita sebagai seorang anak?


Ketika kecil bapa kita dukung kita, apabila kita buang air bapa kita tukar lampin kita, apabila sakit bapa kita beli ubat, apabila lapar bapa kita bagi makan. Apalagi yang kita mahu, adakah kita akan buat macam itu kepada bapa kita. apabila bapa kita sakit, mahukah kita bagi ubat, sanggupkah kita tukar lampin mereka, sanggupkah kita cuci muntah mereka, sanggupkah kita suap mereka, sanggupkah kita bagi wang kepada mereka. Anda fikirlah sendiri..


Bertaubatlah sebelum terlambat. Allah bagi kita akal supaya berfikir yang mana baik dan buruk. Rugilah kita kalau tidak menggunakan akal dengan baik. Binatang pun tahu kasih sayang sesama dia, inikah pula kita yang Allah bagi akal untuk berfikir..


Ambillah iktibar dari burung layang-layang ini;

Sepasang burung layang-layang terbang rendah melintasi
jalan lalu dirempuh oleh kenderaan


Pasangannya menyuapkan makanan, dan menjaganya dengan
penuh kasih sayang walaupun tidak boleh terbang


Pasangannya membawa makanan sekali lagi, tetapi dikejutkan dengan kematian..
Dia cuba untuk mengerakkan tetapi sudah tidak bernyawa lagi


Dia sedar yang pasanganya dah mati. Jelas terbayang
kasih sayang antara mereka sungguh kuat


Lalu ia berdiri di sebelah pasanganya yang sudah mati.
Itulah sahaja pasangan yang dia ada.


Akhirnya dia sedar yang pasanganya tidak akan pulang lagi kepadanya.
Nampak kesedihan menyelubungi dirinya.



Binatang pun tahu tentang kasih sayang, inikah pula manusia yang mempunyai akal tapi tidak berfikir dengan sebaiknya.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute