CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, January 28, 2010

PENYOKONG SETUJU HUKUMAN PENJARA



KOTA BHARU - Para penyokong bola sepak negeri ini melahirkan rasa setuju dengan hukuman penjara yang dikenakan kepada penyokong yang membawa mercun semasa perlawanan bola sepak berlangsung.

Abdul Khari Asri, 19, berkata, hukuman tersebut patut diadakan kerana ia dapat mendidik para penyokong untuk lebih berdisiplin semasa menonton perlawanan bola sepak.
“Kalau ada hukuman begini, sekurang-kurang-nya mereka ada rasa takut dan tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama.

“Ini tidak setiap kali perlawanan berlangsung stadium bagaikan satu medan peperangan dan bukannya tempat untuk bermain bola,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Saifuldin Rizuan, 21, berkata, hukuman yang ditetapkan itu ada baiknya dari segi memberi kesedaran kepada penyokong yang terlalu fanatik.

Dia berkata, ini kerana perbuatan membawa mercun setiap kali perlawanan diadakan boleh mendatangkan bahaya kepada penonton yang lain.

Katanya, yang cenderung mendapat padah adalah pemain serta penonton yang berada di kawasan persekitaran bukannya mereka yang memasang mercun itu.

Muhammad Faiz Zaki, 18, berkata, sekurang-kurangnya hukuman yang dikenakan itu dapat menjadi panduan serta teladan kepada penyokong lain pada masa akan datang.

“Sekarang ini imej penyokong bola sepak Kelantan sudah tercemar dan kita tidak mahu orang melihat rakyat Kelantan ganas.

“Kalau boleh biarlah arena bola sepak negeri ini meningkat dengan baik, bukannya dengan cerita-cerita negatif,” katanya.

Omar Abdullah, 20, berkata, hukuman penjara dan denda yang dikenakan itu diharap dapat memberi kesedaran kepada semua penyokong setia bola sepak Kelantan.

“Kalau kalah sekali pun biarlah cukup dengan sorakan dan bukannya dengan cara menunjukkan kekerasan serta keganasan, kerana ia tidak mencerminkan budaya kita,” katanya.

Pendapat penyokong bola sepak diberikan berdasarkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret terhadap seorang penyokong setia pasukan bola sepak Kelantan akibat membawa larangan membawa mercun.

Difahamkan, kes tersebut yang pertama membabitkan penyokong bola sepak di negara ini kerana memiliki mercun ketika perlawanan liga tempatan.

Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohd Zafizi Mohd Zawawi, 29, yang merupakan bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mengaku bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah, semalam.


sumber daripada; sinar harian


0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute