CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, January 26, 2010

KELANTAN SEDIA GEGAR PERAK..



KOTA BHARU - Kapten Pasukan Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin memberitahu bahawa moral rakan sepasukannya kembali pulih menjelang pertemuan dengan Perak, malam ini.

Indra ketika dihubungi berkata, rakan-rakannya kini bersedia menggempur kubu Perak dan berharap agar pasukannya mampu membawa pulang tiga mata berharga ke Kota Bharu.


"Kami akan cuba mengekalkan rentak kemenangan pada pertemuan dengan Johor FC, Selasa lalu sebagai tonik kebangkitan semula.


"Kemenangan ini sememangnya penting dalam misi kami untuk terus memburu kedudukan terbaik dalam liga," ujarnya.


Indra menjelaskan bahawa dia dan rakan sepasukan sudah mula menampakkan keserasian terutama di bahagian serangan yang dilihat agak tumpul sebelum ini.


"Saya memohon agar penyokong bersabar dan dapat memberikan kami sedikit masa lagi untuk membentuk gandingan mantap," katanya.


Dalam pada itu, Indra mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong Kelantan yang terus memberikan sokongan kepada pasukan tersebut.


"Walaupun Kelantan kalah kepada Kedah pada 19 Januari lalu, penyokong tetap datang memberikan sokongan. Ini jelas membuktikan bahawa pasukan Kelantan tidak berseorangan ketika berjuang," tegasnya.

sumber daripada; utusan

GOMO KELATE GOMO

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute