CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, January 30, 2010

PEMECATAN TENGKU FAKHRY TIDAK BOLEH DISEMAK


Gambar Sultan Kelantan bersama dua puteranya, Tengku Muhammad Fakhry (kiri) dan Tengku Muhammad Faris pada satu majlis pada tahun 2001.



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan Negeri itu tidak boleh disemak semula.

Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa diraja kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh keluarga diraja itu.

Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan telah mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Negeri pada 16 September tahun lalu.


Hakim Mohamad Ariff

Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan sultan di negeri itu untuk tempoh lebih daripada setahun.

Dalam penghakimannya semalam, Hakim Mohamad Ariff memutuskan isu mengenai kedaulatan, hak dan kuasa diraja akan tetap dipelihara dan diakui oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

sumber daripada; Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute