CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, January 17, 2010

KEMANISAN IMAN.. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT..


Daripada Abu Hurairah RA baginda bersabda : Barangsiapa ada tiga perkara akan merasakan kemanisan iman:

  • cintakan Allah dan Rasul mengatasi segalanya

  • cinta sesama hamba kerana Allah

  • benci kekafiran seperti dia benci dirinya dicampak ke dalam api neraka


Maksud kemanisan iman;

Berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan Rasulnya serta mengutamakan Allah dan Rasulnya daripada harta benda



Bagaimana iman boleh bertambah dan berkurang;

  • Iman berkait rapat dengan amalan seseorang

  • Banyakkan amalan kebaikan, dengan amalan menunjukkan iman kita meningkat dan begitu juga sebaliknya

  • Iman seseorang boleh bertambah dengan melakukan ibadat dan ketaatan serta meningkatkan ilmu. Iman boleh berkurang sekiranya seseorang melakukan maksiat


Ciri-ciri orang yang mempunyai iman yg kuat;

  • Mempunyai ilmu penhetahuan tentang Allah dan Rasulnya

  • Banyak melakukan ibadat sunat di samping melakukan ibadat-ibadat yg wajib

  • Banyakkan berzikir kpd Allah dan selalu berfikir tentang kebesaran Allah


Ruginya bagi manusia yang tidak mengecapi iman ketika hidup ini, ingatlah sebelum terlambat kita mempersiapkan diri untuk mengukuhkan iman sebelum kita di panggil oleh Allah. Setiap orang akan mati, segala amalan dan iman yg kita buat akan menetukan tempat kita di Syurga atau Neraka jahanam.

Firman Allah dalam Surah at-Tahrim ayat 6, yang bermaksud:


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


Semuga kita memperbanyakkan amalan dan mempersiapkan diri kita sebelum kita menemui Allah.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute