CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Tuesday, January 26, 2010

Kemenangan bakar semangat penyokong THE RED WARRIORS




KOTA BHARU - Kemenangan besar skuad Red Warriors pada aksi menentang Johor FC malam Sabtu lalu meningkatkan kembali keghairahan penyokong setia pasukan yang sebelum ini dilanda keresahan ekoran prestasi tidak menentu yang ditunjukkan pasukan tersebut.

Jika sebelum ini sebahagian peminat secara terbuka mengkritik dan menggagap pasukan itu menunjukkan persembahan ala ‘yo-yo’ dan tidak setimpal dengan status elit pasukan, tetapi kemenangan 4-1 kepada pasukan berstatus kelab tersebut menutup segala kritikan yang dilontarkan.

Malah jika dilihat pada perlawanan menentang Johor FC, kedinginan penyokong Kelantan sebenarnya dapat digambarkan apabila terdapat ruang-ruang dalam stadium yang sebelum ini padat dengan limpahan penyokong setianya.

Namun, jika aksi perlawanan menarik dan permainan ‘bola cantik’ diteruskan pasukan itu, gelanggang keramat untuk pasukan Red Warrior ini tidak bermasalah untuk kembali dipenuhi penyokong-penyokong setianya yang datang dari pelosok daerah.

Setiausaha Kelab Penyokong bola Sepak Kelantan, Azman Md Nor ketika dihubungi :Sinar Harian: mengakui bahawa terdapat sebahagian penyokong yang hanya memberi sokongan sekiranya skuad tersebut menang dalam setiap perlawanan.

Namun katanya, dengan prestasi menonjol yang ditunjukkan ketika aksi menentang Johor FC, beliau percaya penyokong Kelantan akan kembali memenuhi stadium sekali gus dapat memberi sokongan moral kepada pasukan kesayangan.

Dalam pada itu, Azman turut memuji tindakan pihak berkuasa yang mengenakan tindakan tegas terhadap penonton yang membawa mercun sebagaimana yang berlaku pada perlawanan menentang Johor FC.

Katanya, dengan pemeriksaan ketat diadakan di pintu-pintu masuk stadium, gelanggang istimewa bagi pemain Kelantan itu kembali aman sekali gus membuang persepsi buruk yang dilontarkan penyokong pasukan luar Kelantan sebelum ini.



sumber daripada; sinar harian

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute