CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, January 4, 2010

6 pakar tempatan awasi kesihatan Sultan Kelantan



KOTA BHARU, 4 Jan: Kerajaan negeri melantik enam pakar perubatan dari empat hospital di negara ini sebagai panel doktor bagi mengawasi kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Doktor terbabit dari Hospital universiti Sains Malaysia Kubang Kerian; Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu; Institut Jantung Negara Kuala Lumpur dan Hospital Kuala Lumpur.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, panel berkenaan akan memantau dan menyediakan laporan perubatan tahap kesihatan Sultan dari semasa ke semasa.

Katanya, berdasar kepada laporan panel yang diterima melalui surat bertarikh 24 Disember lalu melaporkan Sultan Kelantan tidak dapat menggerakan tangan dan kaki.

Selain itu daya penglihatan baginda kurang dan percakapan terjejas.

“Baginda diberi makanan melalui tiub di perut, di samping rawatan yang intensif dari segi ubat-ubatan, fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan,” ujarnya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Menurutnya panel pakar merumuskan keadaan kesihatan Tuanku Sultan Kelantan stabil untuk dibawa pulang ke Malaysia bagi meneruskan rawatan.

Beliau juga berkata, baginda perlu mendapat rawatan intensif sebagai sebahagian program pemulihan akan dilaksana di hospital yang mempunyai kepakaran dan ahli-ahli terapi terlatih.

“Panel juga memberi pandangan Hospital Kuala Lumpur paling sesuai untuk meneruskan rawatan baginda kerana mempunyai tenaga pakar, ahli terapi, peralatan dan tempat yang sesuai.

“Kebetulan pula hospital terbabit mempunyai wad diraja,” katanya.

Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengulangi hasrat kerajaan negeri supaya Sultan Kelantan dibawa pulang untuk mendapat rawatan di hospital di negara ini.

Tuanku Ismail kini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura sejak 24 Mei lalu.

KAMI RAKYAT KELANTAN SENTIASA MENDOAKAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA. TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA DIPANJANGKAN UMUR SERTA DISEMBUHKAN SEGERA PENYAKIT YANG DIHADAPI BAGINDA.

2 comments:

Unknown said...

Terimakasih atas info ini.
TulangBesi sedang berdebat dgn Al-Banjari dlm blog kawe.komen la sikit.hehehe
http://ijoks2009.blogspot.com/2010/01/tulang-besi-vs-al-banjari.html

cahaya malam said...

salam..

moga cepat sembuh..
bukan doa dari rakyat jati
kelantan sahaja..
malah dari segenap pelusuk negara..
InsyAllah..

wassalam..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute