CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Thursday, January 21, 2010

Sathia rehatkan beberapa pemain



KOTA BHARU - Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan membayangkan beberapa pemain akan direhatkan selepas gagal menunjukkan prestasi baik dalam Liga Super kali ini.

Kekalahan 0-1 kepada Kedah kelmarin menyebabkan beliau sedikit tertekan dan akan mencari formula ba gi memb olehkan pasukan Kelantan bangkit semula.





Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk penyokong bertindak mengkritik keras skuad The Red Warriors.:

“Penyokong tidak perlu gusar kerana kita masih berada di awal liga. Berilah masa untuk saya mencari formula bagi membentuk pasukan yang mantap.

“Apa yang pasti, beberapa pemain akan direhatkan dan tempat itu akan diganti dengan pemain lain yang mungkin dapat memikul tugas dengan lebih baik,” katanya kepada wakil media selepas perlawanan menentang Kedah.

Sathia meminta penyokong tidak terlalu menyalahkan penjaga gol, Syed Adney Syed Husain atas kesilapan yang dilakukan yang menyaksikan gol tunggal perlawanan terhasil pada minit ke-41.

“Kita perlu memberi peluang kepadanya. Jangan hanya kerana insiden itu maka kita tidak nampak jasanya yang banyak menyelamatkan bola,” katanya.

Sathia mengakui, anak buahnya bermain dalam keadaan tertekan selepas ketinggalan 1-0 dan sikap gopoh pemain menyebabkan peluang baik menjaringkan gol tidak dapat dimanfaatkan.

Penyokong Kelantan mu-la membaling mercun ke padang berikutan terlalu banyak kecederaan pemain lawan yang didakwa mereka sebagai menipu dan cuba melengahkan masa.

Sementara itu, beratus penyokong Kelantan berhimpun di pintu utama Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sebaik saja perlawanan tamat bagi meluahkan kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka.

Selain penjaga gol, Sathia turut menjadi bahan ejekan penyokong dan ada yang bertindak ganas dengan melontarkan bata ke arah polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang menyebabkan salah seorang anggota FRU mengalami kecederaan di dada.

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute