CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Saturday, January 23, 2010

KELANTAN TIDAK MAHU KECUNDANG KALI KEDUA DI TEMPAT SENDIRI


KELANTAN AKAN TURUN BERAKSI DENGAN BARISAN TERBAIK MALAM INI, ITULAH KATA-KATA ANUAR MUSA KEPADA JURULATIH KELANTAN B.SATHIANATHAN SUPAYA ANAK BUAHNYA BERAKSI CEMERLANG MALAM INI DI GELANGGANG KERAMAT, STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4.


KELANTAN YANG KALI PERTAMA KECUNDANG DI GELANGGANG SENDIRI KETIKA LAWAN DENGAN KEDAH. INI DISEBABKAN KESILAPAN PENJAGA GOL SYED ADNEY SYED HUSSIN YANG MELAKUKAN KESILAPAN MUDAH SEHINGGA MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KEPADA KEDAH PADA AKSI PERLAWANAN LIGA SUPER DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4, SELASA LALU. BAGAIMANAPUN DALAM HARIAN KOSMO SEMALAM, SYED ADNEY MINTA MAAF KEPADA PEMINAT KERANA KESILAPAN YANG DILAKUKAN BUKANLAH SENGAJA DILAKUKAN, SEBALIKNYA BERLAKU DILUAR KEHENDAKNYA.


APAPUN MALAM INI THE RED WARRIORS AKAN TURUN BERAKSI DENGAN PENJAGA GOL LAMA HALIM NAPI. HALIM YANG DILANTIK MENJADI JURULATIH SKUAD PIALA PRESIDEN KELANTAN DIPANGGIL OLEH ANUAR MUSA UNTUK BERMAIN DALAM LIGA SUPER. KEMASUKAN HALIM PADA MALAM INI SEBAGAI LANGKAH BERJAGA-JAGA EKORAN AKSI KURANG CERMAT SYED ADNEY KETIKA MENENTANG KEDAH. PADA PERLAWANAN SELASA LALU KELANTAN KALAH KEPADA KEDAH 0-1.


KITA BERHARAP KELANTAN AKAN MEMPAMERKAN AKSI SEBENAR, DAN KITA TIDAK MAHU KECUNDANG KALI KE DUA DI TEMPAT SENDIRI. PADA MALAM INI KELANTAN DIJANGKA TURUN DENGAN FORMASI YANG BERBEZA BAGI MENGEMBALIKAN SEMULA MORAL PASUKAN DAN PEMINAT SETIA KELANTAN. PERTEMUAN DENGAN JOHOR FC BUKANLAH PERTEMUAN YANG BOLEH DIANGGARKAN MUDAH BAGI KELANTAN. INI KERANA MELIHAT KEPADA REKOD JOHOR FC, PASUKAN MEREKA ADALAH PASUKAN TERKUAT MUSIM INI DAN PADA MUSIM LEPAS LIGA SUPER KELANTAN KALAH KEDUA-DUA PERMAINAN.



PADA MALAM INI KELANTAN BERAKSI DALAM LIGA SUPER UNTUK PERLAWANAN YANG KE-5 BAGI KELANTAN. SUDAH 4 PERLAWANAN KELANTAN TEMPUHI, 2 PERLAWANAN KELANTAN SERI IAITU MENENTANG TERENGGANU DAN PERLIS. SATU PERLAWANAN MENANG DENGAN PASUKAN JOHOR 3-0 DAN SATU PERLAWANAN KALAH KEPADA KEDAH 0-1 DI TEMPAT SENDIRI. PADA MALAM INI KELANTAN AKAN BERAKSI DI TEMPAT SENDIRI JUGA, IAITU MENENTANG JOHOR FC.


PEMINAT SETIA PASUKAN KELANTAN BERHARAP AKSI THE RED WARRIORS PADA MALAM INI TIDAK AKAN MENGECEWAKAN SEPERTI PERLAWANAN DENGAN KEDAH, LEBIH-LEBIH LAGI BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI. SELASA LALU KETIKA MENENTANG KEDAH, 20 RIBU PEMINAT KECEWA DENGAN PERMAINAN YANG DITUNJUKKAN OLEH PEMAIN KELANTAN. PADA MALAM INI PEMINAT KELANTAN BERHARAP KELANTAN AKAN TURUN BERAKSI DENGAN PENUH SEMANGAT DAN TUNJUKKAN PERMAINAN TERBAIK. SEMUGA MALAM INI KELANTAN AKAN TEBUS KEKECEWAAN YANG KALAH DI TEMPAT SENDIRI MENENTANG KEDAH SELASA LALU.

KEPADA PEMINAT SETIA THE RED WARRIORS, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE STADIUM MALAM INI UNTUK MENYOKONG PASUKAN KITA..TUNJUKKAN KESETIAAN KITA KEPADA PASUKAN KITA, KALAH SEKALI TIDAK BERMAKNA AKAN KALAH SEMUANYA..


GOMO KELATE GOMO..
GOMO SAPA MENE..





LAGU BOLA KELATE...


Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti


Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol


Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol


Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti
Kito Gomo Sengoti


Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol


Ole…ole…ole…oleee…
Sumbat gol Sumbat gol

2 comments:

abu muaz said...

hidup kelate malam ni

ijoks2009 said...

Kijang,Kito mene besar male ni.BESAR PUNYA..
Tapi kelate mene buke krn Nuar Musa.kerana semangat dan kesungguhan pemain.
Nuar Musa tumpang glamor.

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute