CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Sunday, January 24, 2010

AWAS!!! NAJIB VS BLOG PR

Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..



Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.

Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.

Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .

Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.

Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.

Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.

Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .

Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.

Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.

Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.

Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.

Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.

Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.

Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.

sumber daripada; Anak sungai derhaka & Malaysia Today





Andai kata berita ini benar, jadi gua cabar kera..jaan barisan nazional yang korup supaya berlawan secara anak jantan... jangan jadi DAYUS...!!!!

Dan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, gua dah beberapa kali suarakan dalam blog ini, sila kaji peruntukkan undang2 dari segi penjualan akhbar2 pencacai. Jika ianya bersesuaian untuk di adakan sekatan jualan akhbar mereka... maka usahakanlah sekatan jualan akhbar pencacai dalam setiap negeri Kerajaan Pakatan Rakyat.

Lumpuhkan sistem media mereka, selagi media mereka dapat mempengaruhi masyarakat setempat selagi itulah usaha untuk menjahanamkan umno/bn amat sulit sekali. Kerana instrument mereka bukan sahaja dari sokongan media cetak, malahan meliputi media elektronik, semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk polis, sprm, mahkamah dan segala jenis mak nenek yang telah selama 50 tahun di doktrinkan mengikut acuan mereka. Amat sukar sekali untuk di ubah.

Strategi lawan dengan strategi, tingkatkan tekanan kepada umno/bn. Janganlah jadi lembab untuk bertindak. Selama mana hendak bertahan..., mulakanlah serangan... biar semua rakyat tahu betapa jijiknya umno/bn selama ini.

sumber daripada; Ikut Suka Aku



Ini bermakna Kerajaan Najib akan berakhir dalam PRU sekali lagi.. Najib sudah takut dengan Blog Pakatan Rakyat.. Dengan Blog inilah maklumat dan isu semasa tentang Pakatan Rakyat dapat disebarkan.Harapkan media UMNO tahu mencaci dan mengutuk Pakatan Rakyat sahaja.

3 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

saudara ader bukti ker? kalau xder, hentikanlah mengeluarkan kenyataan x berasa nie.. jangan sesekali memfitnah sesama kita.. sesunngguhnya dosa memfitnah itu lebih besar dari dosa membunuh.. ingat tue!

hanes said...

salam kepada ahmad zulfadli..kalau nak thu lebih lanjut saudara klik link pada sumber yg saya copy n paste..sebab2 sesuatu bnda yg saya copy sya letak sumber daripada mana, senang org nk rujuk thu kbnaran. sya hnya menyebarkan berita ini supaya semua blogger pakatan rakyat berhati2 dgn tindakan najib selepas ini..saudara ahmad boleh bka sndiri malaysia today, dan saudara tengok nama penghantar surat itu (wan putrajaya) dan sepatutnya saudara bg comment dkat situ dan tanya betu k tak surat ni.. kita ada kelemahan masing2 dan kekurangan pada blog ini sya mohon maaf bnyk2..kita sbgai manusia kna berjaga2 sblum sesuatu musibah yg datang (sedia kan payung sblm hujan)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

tapi tindakan sauadara nie amat berbahaya.. saudara menyebarkan sesuatu perkara yang saudara sendiri belum belum pasti akan kebenarannya.. tindakan saudara nie boleh disifatkan sebagai bersubahat dengan menyebar maklumat berantai.. saudara sepatutnya mengkaji dahulu kebenaran sesuatu maklumat sebelum menge"post"kan ke dalam blog nie.. jika maklumat itu merupakan suatu fitnah, saudara sendiri yang akan kena tempiasnya.. jika semakin ramai yang mendapat maklumat palsu dari blog saudara, semakin besarlah dosa saudara.. na'uzubillahu min zalik..

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute