CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Monday, January 25, 2010

KELANTAN YANG AMAN DAMAI BAGI SEMUA AGAMA



Isu perkauman, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, selepas tercetusnya kontroversi isu penggunaan kalimah Allah kepada “the herald” milik gereja Kristian, maka keputusan mahkamah tinggi itu telah menyentuh nilai-nilai keharmonian beragama di Malaysia.


Sehubungan itu, pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke bangunan gereja.





Alhamdulillah, kejadian buruk dan malang yang boleh mengeruh keharmonian tersebut tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana, Kelantan sejak zaman-berzaman telah mengamalkan cara hidup berteraskan agama yang berjaya menerapkan persafahaman antara kaum dan agama. Ia ses8ngguhnya selari dengan ajaran al-Quran, sebagiamana firman Allah (Surah az-Zumar, ayat 38).


Justify Full



Maksud Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Surah Az-Zumar, juz 24:38)


Rakyat Kelantan, kini dalam rahmat dan berkat Allah kerana penerimaan yang jelas dan mutlak kepada keEsaan Allah SWT. Maka, kekalutan seperti cubaan membakar gereja tidak berlaku dan tidak terfikir berlaku di Kelantan. Walaupun kita tahu, di Kelantan sekarang juga terdapat berbilang kaum dan agama. Dalam keadaan Kelantan memiliki 563 buah masjid, 60 To’kong, 22 Wat, 19 Kuil dan 15 buah Gereja, kesemuanya bebas dan aman penuh harmoni menjalankan amal ibadat dan upacara keagamaan masing-maising. Sesungguhnya, Kelantan sejak ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam telah berjaya mewujudkan perpaduan yang jitu semua lapisan rakyat di kampung, estet, pekan dan bandar.





Bagi kerajaan Negeri pula bersikap terbuka dan sedia berbincang melalui sebarang perundingan demi keharmonian hidup antara kaum. Kesemua cetusan rasa pihak Kerajaan Negeri sedia melayani dan berbincang. Pengalaman kami, telah acapkali kita berdialog, berunding dan duduk semeja bersama-sama pembesar agama dari agama Kristian, Buddha, dan Hindu. Ruang selesa kita bentangkan kepada mereka bagi mendirikan rumah ibadat atas tanah milik mereka, dan pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan prasarana. Ia adalah antara keselesaan yang teristimewa dinikmati di Kelantan. Maka kita tidak pernah terlibat dengan peristiwa meroboh mana-mana To’kong, Kuil, Wat hatta Gereja.






Apa yang penting, semua agama percaya kewujudan tuhan. Bagi Islam, perkataan Allah adalah nama yang Dia sendiri menamakannya, tidak manusia menamakannya. Ia adalah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang menjadi tumpuan sekalian makhluk, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang setara dengan denganNya.


Maka bagi agama lain, apa sahaja yang nak sebut mengenai nama tuhan, terserahlah atas hak agama masing-masing. Ia adalah antara nilai-nilai hormat menghormati mengikut kepercayaan masing-masing. Dan kepercayaan yang suci ialah beriman dengan kekuasaan Allah yang berkuasa di atas setiap ciptaan alam ini.



sumber daripada; Blog Tok Guru

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute