CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Friday, January 15, 2010

BUMI INI SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN SEMENTARA



Wahai manusia sekalian..Ingatlah, tempat kita berteduh dan senang lenang di muka bumi ini hanya ditumpangkan sementara kepada kita. Dari Allah lah kita dicipta dan kepadanya kita kembali


“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu(Adam), kemudian menciptakan pasangannya(hawa) dari dirinya, dan dari keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak..” (An-nisa’,1)


"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadianmanusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya;






kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. "

(Al-Hajj, 5)





Ingatlah hidup ini begitu singkat, perbanyakkan amalan dan amal ibadat kita di dunia. ketika kita diberi kesihatan yang baik oleh Allah ini, kita pergunakan seeloknya sebelum ia ditarik balik.


Nabi SAW bersabda, "Rebutlah peluang pada 5 perkara sebelum dtgnyer 5 perkara..
  • waktu sihatmu sebelum kamu sakit
  • semasa kamu kaya sebelum kamu jatuh miskin
  • waktu lapang sebelum datangnya kesibukan
  • waktu muda sebelum tua
  • waktu hidup sebelum mati.."
-Mafhum Hadith-


Ingatlah wahai anak adam. semasa kita hidup di duniawi yang dihiasi dengan keindahan hawa nafsu ini, kita rebah dan kita bangkit. tapi sesetengah orang apabila ia rebah tersungkur, dia tak akan bangun dan sedar sehingga gagal mengawal nafsu. maka ia hanyut di bawa nafsu sehingga lupa segala amalan dan amal ibadat nya kepada yang esa. Adakah mereka ini tidak sedar bahawa kita akan bertemu Allah juga akhirnya..


“Wahai manusia! Sesungguhnya kamu sedang berkerja keras untuk menuju kepada tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya”
(Al-Insyiqaq,6)



Maka ingatlah bahawa segala amalan yang baik dan buruk kita buat di dunia akan balas oleh Allah kelak. Semuga kita tergolong daripada orang yg kuat bekerja keras menuju ke jalan Allah. Ingatlah anak adam, apa yang kita kerja pasti ada upahnya kelak.


“Dan Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan, mereka itu penghuni syurga. Mereka itu kekal di dalamya” (Al-Baqarah, 82)


Maka perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menyesatkan. Dunia ini sebagai tempat persinggahan yang sementara sahaja.Akhirat sahaja tempat yang kekal.
Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan bekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita. semuga bekalan yang kita buat di dunia ini dibalas di akhirat. Dan ingatlah bahawa esok kita akan dibankitkan di padang mahsyar. segala amalan kita yang dicatat oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid dari kita lahir sehingga kita menemui mati.. Amalan ini lah yg akan menentukan kita Syurga dan Neraka.


"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Al-A'raf ; 179)

YA ALLAH, LINDUNGILAH KAMI DARI SEGALA KEJAHATAN, KEMAKSIATAN DAN GODAAN-GODAAN SYAITAN DI DUNIA INI. YA ALLAH DAN LINDUNGILAH KAMI DARI TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG LALAI DAN RUGI. SEMUGA HIDUP KAMI YANG SEKEJAP INI DIBERKATI OLEH MU YA ALLAH.








0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute