CATATAN SEBELUM INI

PENGIKUT SETIA

Wednesday, January 6, 2010

BILAKAH KIAMAT AKAN MENEMUI KITA?

The image “http://cas.hamptonu.edu/centerinfo/photo-album/ScienceGraphics/images/volcano.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:

  • Asap,
  • Dajjal
  • Binatang,
  • terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
  • turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
  • Yakjuj dan Makjuj,
  • tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
  • sekali di barat dan
  • yang ketiga di Semenanjung Arab
  • yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.

(H.R. Muslim)



BERBUAT BAIK DI DUNIA UNTUK SELAMAT DI AKHIRAT

An-Naml [89] Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya dan mereka akan beroleh aman sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.


Dalam ayat yang lain:

Al-An’ am [160]Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya….

Kita sebagai hamba Allah dihantar ke dunia dan diberi pelbagai kemudahan asas iaitu pancaindera untuk diuji. Tempoh ujian berbeza diantara seorang hamba dengan hamba yang lain. Tempoh jangka hayat nyawa kita berbeza, tidak seperti tong gas yang sama jumlah kandungannnya.

Dalam ayat di atas disebut sesiapa yang datang di Hari Kiamat dengan membawa kebaikan, dia akan aman dan selamat dari huru-hara disana.


Huru hara Hari Kiamat

Al-Hajj [2] Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Di hari itu juga kalau ada kanak-kanak yang lahir, mereka akan terus menjadi tua.
Al-Muzammil [17] (Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga dan menyelamatkan diri kamu kalau kamu kufur ingkar (dari azab) hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?


TANDA-TANDA KIAMAT YANG LAIN:

Telah dinyatakan bahawa tanda2 kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda2 kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim,Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi


tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara
menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan
datang." - Sahih Muslim

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda
menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat
Ahmad dan Hakim

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan
ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui
yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika
itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat
Thabrani

10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya
hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka
memakainya keadaannya seperti telanjang."



1 comments:

Tuk Kiyai said...

Assalamualaikum
Tanda-tanda kecil kiamat yang lain...
- banyak berlaku peperangan
- banyak berlaku gempa bumi
- banyak berlaku pembunuhan
- manusia berlumba-lumba membina rumah yang besar

Post a Comment

Blog Archive

JOM DERMA

Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!
redkijang © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute